Tuesday 1 April 2014

KAYUHAN HUTAN LABIS/SG BANTANG


KAYUHAN KE HUTAN SIMPANAN LABIS /SG BANTANG
1 MAC 2014
PROJEK PERTAMA KLUANG CYCLING TAHUN 2014 KE HUTAN LABIS

THE GARDEN CAFE PALOH... (KOPI PALOH)


Projek ni aku dah rancang sebulan…. Biasa le rancang lama… tarikh bertukar2… So aku  tetap kan 1 mac 2014 hari sabtu… geng mtb paloh yg nak tarikh tu… aku ON je…. Aku collect rm 10 untuk beli makanan dan minum je… So aku  tak payah bawa bekalan makanan dan peralatan untuk masak… ringan sikit beg deremon aku…….

GENG PALOH MTB

Jam 8 pagi kitaorg berkumpul di depan balai polis Paloh…. minum di kedai mamak paloh… dari klg cycling seramai 14 org dan 8 org dari geng mtb paloh….   Jadi 22 rider yg turut serta dalam kayuhan off road nie…


Lupa pula nak cakap… sekarang musim kemarau so jalan berdebu… dan kluang sudah sebulan catuan bekalan air ….. Tapi pagi tu cuaca sejuk… sejuk dan nyaman je…

Jam 8.15 pagi kami memulakan kayuhan…. Permulanan yg baik… melalui kawasan kampong…lepas tu kayuh dalam kawasan ladang sawit… cuaca pagi memang sejuk….



Sudah 10 km kami berkayuh di dalam kawasan sawit…. Dan kami akan memulakan kayuhan di dalam trek hutan labis nie…. Kayuhan laju sikit menyebabkan 2  rider dari paloh terputus dan salah jalan… so kita org tunggu … lebih kurang 30 minit…. Sambil tu boleh le berkenalan…..





Kayuhan kawasan hutan memang menyoronokkan….kayuh dalam satu pasukan… lupa pulak nak beritahu… En Tan tidak kayuh hari ni.. kerana cedera di bahagian kaki… so di naik motor dan jurukemera….. tengah syok kayuh… aku nampak kayu balak jatuh.. menghalang laluan kami… naik mtb tak apa le… Motor encik Tan mcm mana… so kami angkat beramai2…





Kayuhan dalam hutan memang  seronok


Punya seronok kayuh di dalam kawasan hutan… Kami sampai di simpang TAMAN NEGARA SELAI – BEKOK…. Kalau nak pergi ke Selai dalam 20 km lagi… tapi kayuhan hari ini  bukan nak pergi ke selai… so kami menuju jalan ke BEKOK….  Tayar Basikal As Cool bocor dan koyak….nak buat macammana…tukar tiub je lah… tayar tak bawa pulak tu… Sambil tukar tayar.. boleh berehat…









Kami meneruskan perjalanan… Sampai ke kg Org Asli iaitu Kg Tamok… lepas tu kg Kudung…. Di situ kami jumpa Geng Kolej Segamat tengah berehat ….



Lepas tu Kg Tembayan… dah nak sampai ke kawasan Rehat.. walau pun jalan Road.. tapi terasa penat juga….Akhirnya sampai juga ke tempat rehat.. Tepi sungai Bantang iaitu BT4, berhampiran jambatan kg Tembayan….…. Makan pun dah sampai… Sudah 40 km kita kayuh…



Aku macam biasa le…. Makan no dua… yg penting mandi dulu….. Penat memang penat… kena segar badan dulu….diorg semua makan… dah lapar kot..




Mandi sudah makan pun sudah….Jom kita balik…. Balik kami melalui jalan ke Pekan Bekok… Jalan raya memang best… masuk kawasan kg…. As Cool terpaksa naik 4X4 kerana masalah basikal….





Akhir nya kami sampai semula di pekan paloh sejauh 63km…. En Kopi mengajak kami  minum kopi di THE GARDEN CAFÉ RECIPE milik beliau… Sampai di The garden café recipe… memang best… siap baring2 lagi…. Jam menunjukkan pukul 2.30 petang….



















“Tahniah semua… 63km… kayuh-mandi memang best….
Terima kasih geng Kluang Cycling… dan terima kasih kepada En Tan dan Cikgu Hong Paloh MTB… dan tidak lupa En Kopi bagi  Air Kopi Paloh dan tempat kami berehat… memang seronok berkayuh ngan geng Paloh… JIka ada masa kita kayuh lagi……

--------------- The garden café recipe------------------- ada menyediakan HOME STAY dan CAFÉ---



------------------------------------------------terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk-------------------



Friday 28 March 2014

SUNGAI LEMAKOH……KLUANG CYCLING …..220314

LEMAKOH……. LEMAK terbakar OH…….

PROJEK KE-2 TAHUN 2014 (22 MAC 14) KAYUHAN KE SUNGAI LEMAKOH KAHANG



Wowwwww….. Sungai Lemakoh … Hutan Labis …. Sebenarnya pelan asalku ingin kayuh ke Taman Negara Endau Rompin Kampung Peta (TNER Kg PETA) …. Tetapi diganti dengan Sg Lemakoh…  Sg Lemakoh adalah Kawasan Hutan Simpan Labis……  Jajahan Pejabat Hutan Mersing….atau nama yang sebenarnya Haji Yahaya Campsite Sg. Lemakoh,Kahang…. Jarak dari Kahang 52km…





Projek Lemakoh dirancang pada 4 hari lepas… Pn Aida bagi Idea… disokong dengan penuh Semangat oleh En Zaidi dan En Ijad… Aku dengar diorang nak pergi sana, memang  impian aku nak ke sana… sampai bermimpi2…. Perancangan Asal kayuhan bermula dari Jeti Sg Kahang…. Jarak kayuhan sejauh 50km pergi sahaja….

Bermula cerita di pagi sabtu (22 mac 2014), Pada jam 6.30 pagi , kami berkumpul di PETRON BT 4, Jalan Mersing, Kluang.  Seramai 11 rider yg akan turut serta dalam ATVT  hari ini… Kami berbincang semula dan keputusannya adalah  kayuhan bermula dari Felcra Ladang Sg Semberong . Jarak Felcra ke Jeti Sg Kahang adalah 12 km. 

Bermulanya jam 8 pagi, kami bertolak dari Kluang , singgah minum di Kedai Jamilah Pekan Kahang. Sampai di Felcra pada jam 9.30 pagi….dan membuat persiapan. Tepat jam 10 pagi, kami mula kan kayuhan….Trek landai saje…. Jalan tanah merah.. bukit pun rendah2 je….Banyak ladang kami tempuhan diantaranya Ladang Mutiara dan Ladang Bukit Cantik….



Semua tengah semangat….sampai di pintu masuk TNER Kg Peta…Aku terkejut jalan sudah ber TAR… memang cantik gilerr….Kawasan Hutan…. Kayuhan sudah 20km…. Aku berfikir … jalan Tar mesti best…..on the road….

2 km pertama jalan Tar , memang landai masuk 3km… perrrrrrrrr bukit dia panjang UP Hill …memang mengguji mental … Lepas tu mesti DH…. Memang best…turun bukit … lepas tu dia naik lagi dan naik bukit lagi…. Kawan2 yg duduk depan dah tak sedar diri… memang diorg pepah habis….kami berpecah dalam 2 group . Aku cover kat belakang…. Seramai 6 org…. Saudara hanif dah Krem…. Apalagi … Kita rehat dulu…. Hehehhehe… aku pun terasa penat dak….dah  30km kami berkayuh tanpa rehat…..




Ni jambatan ke-3 sebelum simpang Lemakoh…. Masih boleh tersenyum…..

Ni pintu masuk ke Sg Lemahkoh…. Dari Gate ni lebih kurang 4 km lagi… Trail dalam Hutan…




Rehat di  gate masuk ke Sg Lemakoh… kayuhan sudah 34km… ada lagi 4km lagi… bermulanya jalan OFFROAD dalam Hutan RImba…. Memang mencabar… turun bukit naik bukit….

Bab off road memang aku paling seronok… penat kayuh kat road semua hilang… aku pulak dah tak sedar diri…. Memang best….

Tengah seronok nak layan DH baik punya… aku dengar org depan cakap STOP STOP STOP… aku tengok En Zaidi dah jatuh…..dah nak sampai tu…….nasib baik dia selamat… sakit dibahagian dada… rehat sekejap…. Dan kami meneruskan perjalanan…tak sampai 1km pun….



Sampai di kawasan perkhemahan….aku Nampak air terjun bertengkek-tengkek…. Penat hilang… terasa kepuasan… memang terlalu Indah


Alhamdulillah…….
segala puji bg Allah S.W.T dan junjungan ku Nabi Muhammad S.A.W...

Saudara Cikgu Zam (pomen ) org pertama terjun dulu….

Rehat2… Aku apa lagi… keluarkan peralatan masak dalam beg doremon aku nie……


“KOPI!!!!! …… KOPI!!!! …..  KOPI!!!!

+
AIR!!!!.... AIR!!!!.... AIR!!!!!!......

MAKAN!!!!!..... MAKAN!!!!!!..... MAKAN!!!!!!...... Menu hari ini meegi, roti dan KOPI-O



Dapat mandi… berenang …. Air yg sejuk dan nyaman….
Selesai mandi dan makan2…. .kami semua pulang... …..melalui kawasan hutan...menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T


Tayar Mtb aku pancit pula….Yang penting kerjasama…. Lupa pulak masa aku kat sini… Geng 4X4 JB pun buat perkhemahan Kluarga di sini….


Jam 2.30 petang… perjalanan pulang… perjalanan pulang… memang mencabar….ada 38km lagi… Bekalan air pun dah habis… badan dan penat… tenaga pun dah habis… kayuh je lah dalam pasukan….


Sampai di fecra pada jam 5 petang…. Alhamdulillah……. Semua selamat…. Krem tu biasa le…. Terima kasih semua…
AKU NAK UCAPKAN
1.Tahniah kepada En Nasir, En hanif, En Fath – walaupun dah lama Tidak  berkayuh , nanti kalau ada masa ikut lagi ye….….
2. Pn Aida, En Zaidi, Cikgu Zam, En Ijad – Korang memang power…  terima kasih melayan kerenah aku… terharu…
3. En Nizam dan En Salleh – Terima kasih memberi sokongan… walaupun baru mengenali dirimu… tapi memang The Best…
4. En Hapis – Terima kasih sedia tempat letak kereta dan rehat kat felca ni dan Jurufoto kita hari ini… CREDIT untuk Mohd hafis…
JOM KITA DENGAR KATA MEREKA….
Apa kata Pn Aida ,“#It was a mentally challenge 76km offroad..from ladang sg sembrong to lemakoh camp site... kluar umah xnmpk matahari...blk umah pun xnmpk matahari... but it's worthy... great experinces is a great teacher...alhamdulilah. —Alhamdulillah.. “
Kata Saudara Hafis ” Ekspidisi mountain bike Kluang Cycling ke Lemako..berjaya...perjalanan pegi dan balik sejauh 76km..biarpun penat..tp semua happy...enjoy sume...”
GO GO GO GO KLUANG CYCLING GO…..

NEXT XPDC KE ……… BULAN MEI/JUN UNTUK KALI KE-3 TAHUN 2014